Saturday 2 June 2018

SHORT TRIP PERCUTIAN KE VIETNAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran. Kali ni emma nak share kisah percutian Emma ke Ho Chi Minh, Vietnam. Utk pengetahuan semua, ini adalah kali ke-3 visit emma ke HCM. Dah sebln lebih pergi,ni baru ada kelapangan nak masuk entry...hehehe.

Sebab apa nak g lagi walaupun dh pernah g HCM sebelum ini?

SEBAB DEN NAK SHOPPING RAYE lerrr :)



Deaprture date 22 April 2018, flight pagi. Masa tempah tiket AirAsia ni murah je


nampak tak muka tu excited nak g melancong
Beg belum beranak. Tunggu ada di Vietnam baru beg ini akan beranak-pinak


Kita pekena stabak dulu sementara tunggu time departure 11.15am


Kali ni trips meriah skit sbb kami pergi berempat. sorang lagi tiada dlm photo 

yeayyy!dah masuk dalam perut kapal

Selfie itu wajib yer....


Semua emma order nak rasa mana paling sedap. 

Beef Lasagna ni not bad,sedap gak

Dah nak landed di bumi Vietnam. Perjalanan flight lebih kurang 2 jam 15 mins


Dari Airport, kami menaiki bas bernombor 152 utk ke Hotel di kawasan berdekatan Ben Thanh Market

kawan baru dari Australia

Currency exhcange yang emma dpt rate masa nak pergi HCM 
Sapa yg nak g mana2 negara digalakkan buat table currency mcm ni utk memudahkan urusan jual beli di negara tu



Kami menginap di Thanh Thu Hotel. Kadar  hotel lebih kurang RM110/mlm



Semasa saya di HCM,saya guna simcard negara sana. Harga paling murah saya dapat masa di HCM ialah DONG 100,000 (RM17.30) utk internet access sahaja. Anda digalakkan menggunakan kad sim negara yang anda berkunjung kerana kadar panggilan dan penggunaan internet lebih jimat
Gigih Emma guna Google map utk ke sesuatu lokasi...bukan naik keta, jalan kaki je pun guna google map ni, den takut sesat hehehe


Jalan raya di Ben Thanh memang penuh dan sesak dgn kenderaan dan motor


Day 1 

Hari pertama ni tak byk tempat yg kami berkunjung sebab masa terhad. Hari pertama kami ke SAIGON SQUARE. Byk barang2 immitation tapi kualiti tip top. Mcm2 barang dan pakaian dijual di sini. Jgn lupa untuk tawar menawar sehingga 50% drp harga yang penjual tu letak harga. Rambang mata!






Byk Restoran dan gerai makan halal di sepanjang District 1 ni. Utk Dinner pertama hari pertama di HCM, kami ingin mencuba rasa di Restoran Haji Idris
Ni Dinner kami. Sedap gak masakan restoran Haji Idris ni. Recommended
 Lepas selesai dinner, perut pun kenyang..baru laa ada tenaga nak merayau-rayau...hehehe

Sepanjang malam pertama berada di District 1 tu, kami hanya berlegar2 berpusing2 di sekeliling PASAR MALAM BEN THANH jer.. harga boleh runding, barang pun byk dan murah2.
Orang kata pasar malam ben thanh ni harganya murah sikit daripada di dalam pasar Ben Thanh waktu siang.

DAY 2


Sekitar ruang niaga dalam pasar Ben Thanh

Rambang mata babe!


Lepas 2 jam pusing2 di dalam Pasar Ben Thanh, kami terus ke Russian Market menggunakan perkhidmatan GRAB.
Russian Market ni adalah tempat sisa2 barangan eksport yg reject atau tak terjual. Paling byk ada perkakas dan baju2 sejuk pelbagai jenama.


Ni uncle grab yg bawa kami ke lokasi tersebut. Uncle ni sepatah perkataan English pun dia tak faham apatah lagi nak berbual. Hmm....tak pandai bahasa inggeris pun bole pakai Toyota Vios u ollsss


Ini destinasi saya yg terakhir. ROHANI - Tempat borong telekung Siti Khadijah, tudung Bokitta, Ducks dan pelbagai lagi jenama yang ada di Malaysia...tpi semua immitation la. Selesai shopping, terus balik ke hotel nak ambik bag dan naik teksi ke airport. 

 Oleh kerana shop trip ni hanya 2 hari, jadi agak rushing....banyak lagi tempat yang tak sempat nak melawat..kami pergi mana yang penting je.

Sampai ke airport tup tupp flight delay 2 jam... Ya Ampun..kita ni dh la tak sabar nak balik Malaysia nak makan nasi lemak dan roti canai....hahahaha (baru 2 ari tinggalkan Malaysia dahh rindukan makanan Malaysia). Bak kata pepatah "Hujan Emas Di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Baik Lagi Di Negara Sendiri".




InsyaAllah Emma akan repeat lagi ke Ho Chi Minh. Dah hafal jalan2 nya.
Dah macam kampung sendiri dah...hehehe

Tuesday 15 May 2018

PENGURUSAN YANG KREATIF MENJANA KECEMERLANGAN ORGANISASI



   
        

PENGENALAN

Ketika kita sedang bergerak menuju ke abad yang akan datang, kita seharusnya ingat bahawa daya saing negara kita banyak bergantung pada keberkesanan pemimpin dan pengurus, baik ianya dalam sektor awam, swasta mahupun sektor bukan- kerajaan dalam membentuk arahtuju yang jelas.
Sistem pengurusan yang baik akan dapat mempastikan bahawa negara kita mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Ia juga akan mempastikan bahawa rakyat kita sedia untuk bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam senario politik dunia. Semua perkara ini memerlukan perubahan paradigma kerana ianya begitu kritikal dalam membentuk ‘mind set’ kepengurusan.

Tiada sebarang organisasi atau negara pun yang mampu melarikan diri daripada terikat dengan prinsip-prinsip pengurusan yang baik. Sekiranya pengurusan gagal, organisasi dan negara pasti akan jatuh. Oleh yang demikian, kita seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pembangunan pengurusan. Pulangan terhadap pelaburan ini pastinya dapat membentuk suatu dasar yang kukuh untuk meningkatkan kemampuan kita menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ke 21
.


TAKRIF ORGANISASI DAN KREATIF

Organisasi boleh dimaksudkan sebagai suatu bentuk kegiatan yang dilakukan secara berkumpulan yang dibahagikan mengikut sektor-sektor tertentu demi mencapai matlamat secara kolektif.

Kreatif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, Gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya.
KONSEP ORGANISASI CEMERLANG

Kejayaan atau kegagalan fungsi sesebuah organisasi berpunca dari tiga faktor. Pertama adalah majikan selaku pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi. Kedua adalah pekerja yang bertindak sebagai pelaksana terhadap gerak kerja yang disusun atur oleh majikan dan ketiga adalah sistem yang gunapakai oleh majikan dan pekerja untuk menyelaras pekerjaan yang telah ditentukan. Faktor ini perlu digembelingkan dengan unsur semulajadi dan modal bagi menjayakannya dan ia amat berkait rapat serta saling melengkapi di antara satu sama lain. Persefahaman (consensus) ini menjadikan setiap organisasi seperti satu komuniti atau keluarga kecil yang mempunyai peranan tersendiri dan saling memerlukan sesama mereka dalam mencapai matlamat yang diinginkan atau ditentukan oleh organisasi. Untuk menggapai matlamat sesebuah organisasi memerlukan pengurusan yang bijaksana yang mampu menggabungkan keseluruhan elemen dalam organisasi agar sama-sama berperanan demi kesejahteraan bersama. Gabungan inilah yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan sesebuah organisasi.

Perancangan dan pelaksanaan matlamat serta keupayaan menyempurnakan gerak kerja mampu melahirkan organisasi yang cemerlang dan dipercayai. Segalanya boleh dilaksanakan sempurna jika sesebuah organisasi mempunyai pemimpin yang amanah dan dan berkarisma dalam menjalankan tanggungjawab mereka.


FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN ORGANISASI YANG KREATIF


perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada tiga faktor utama, iaitu strategi, struktur dan budaya organisasi berkenaan.

i.Strategi

Strategi merupakan mencari kaedah terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Melaluinya, usaha membudayakan inovasi dan kreativiti boleh diterapkan dalam kalangan pekerja organisasi agar setiap pekerja berkebolehan menjana idea baru untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Mungkin kita boleh katakan kejayaan organisasi seharusnya tidak lagi dinilai berdasarkan kepada program-program rutin seperti yang dilakukan setiap tahun. Sebaliknya, ukuran kejayaan kita perlu didasarkan kepada sejauh mana keupayaan kita memperkenalkan perubahan, idea-idea baru dan program-program baru yang menjurus kepada strategi yang dijalankan.

ii.Struktur

Dalam rangka persediaan menjana kecemerlangan organisasi melalui pengurusan yang kreatif, struktur organisasi perlu disesuaikan dengan perancangan atau strategi yang telah disusun atur. Tiada guna jika strategi disusun rapi dan cantik tetapi struktur organisasi tidak mampu untuk melaksanakannya. Jika struktur organisasi disusun dengan baik menepati bidang tugas masing-masing maka ia secara tidak langsung dapat menghasilkan banyak idea yang mendorong melincinkan lagi perjalanan dan matlamat organisasi. Tambahan pula, sekiranya organisasi juga memberi ruang dan peluang serta kebebasan untuk mereka melontarkan pandangan terhadap kerjaya dalam organisasinya maka pekerja akan dapat memberi idea yang bernas dalam ruang yang disediakan.

Bahkan struktur organisasi yang baik perlu ditunjangi oleh seorang pemimpin yang juga baik dan cekap. Maka di sini peranan pemimpin adalah sangat penting. Setiap pemimpin mempunyai kuasa dalam menggerakkan dan memajukan organisasi. Kegigihan pemimpin memajukan organisasi akan menjadi contoh kepada pekerja lalu menukar cara bekerja organisasi berkaitan supaya lebih tekun dan efektif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kerjasama antara pemimpin dan pekerja dalam organisasi akan menjadikan sikap positif mereka terhadap kerja sekaligus dapat membudayakan amalan inovasi dan kreativiti di tempat kerja.

iii. Budaya Organisasi

Faktor seterusnya ialah pembudayaan inovasi dan kreativiti memerlukan kepada budaya organisasi yang bertitik tolak dari kefahaman penghayatan ilmu yang segar. Maka adalah menjadi kewajipan kepada pemimpin mahupun pengurus organisasi untuk melaksanakan penghayatan ilmu dalam kalangan kakitangannya untuk meningkatkan serta mengembangkan budaya kreatif tersebut. Ini bermakna setiap warga kerja organisasi mesti sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam menjayakan inovasi dan kreativiti. Organisasi akan menjadi lebih cekap, hebat dan efisien jika semua warga kerjanya mempunyai kemahiran sebagai nilai tambah seterusnya menjadi pemangkin kepada perubahan organisasi.

Selain itu, budaya bekerja berpasukan dan melaksanakan mekanisme syura atau musyawarah adalah dilihat sebagai aspek penting dalam membantu organisasi cemerlang. Seharusnya medan bermesyuarat ini dapat mencungkil banyak idea baru dalam kalangan pekerjanya. Bukan itu sahaja, melalui perbincangan ini juga maka beberapa perkara baru juga dapat diterjemahkan dan diselesaikan dengan cepat dan mudah dalam organisasi.

PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN (R&D)

Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut, perlaksanaan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berterusan dan komprehensif dalam pelbagai disiplin ilmu baru, sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada negara luar. Di sini adalah penting bagi para pekerja organisasi berkongsi kepelbagaian ilmu dalam usaha meneroka dan menyelidik bidang baru dalam konteks kreatif ini.

INTEGRITI

Namun, keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif, memperkenalkan dan melaksanakan idea-idea baru tidak akan membawa sebarang manfaat sekiranya pekerja dalam organisasi yang berkaitan tidak memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi. Konsep Integriti dalam bahasa yang mudah ialah memiliki keperibadian mulia yakni nilai-nilai yang unggul pada diri individu dan organisasi. Keperibadian mulia ini termasuklah sifat amanah, rajin, bertanggungjawab, menepati masa, berdisiplin dan semua sifat-sifat positif dalam diri seseorang individu. Ini bermakna nilai kreatif dan inovatif juga merupakan ciri-ciri integriti yang perlu dipupuk dalam oragnisasi seawal mungkin. Ini penting agar pekerja dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Organisasi berlandaskan pengurusan yang kreatif merupakan satu proses transformasi dalam perkhidmatan awam dalam pengwujudkan konsep organisasi berasaskan pengetahuan dan memerlukan satu perubahan paradigma pembangunan sumber insan khususnya kebolehan penciptaan ilmu.

Ianya merupakan proses berterusan dan mempunyai kesan positif kepada organisasi dan pekerja-pekerja. Sokongan dan komitmen pengurusan adalah amat penting bagi menentukan matlamat dan tahap ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Kepuasan bertugas dalam aspek penglibatan mereka di dalam membuat keputusan merupakan kesan yang menggalakkan proses pembelajaran yang berterusan. Ianya juga akan meningkatkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk terus mencari penyelesaian kepada satu masalah dan dengan ini budaya pembelajaran itu akan digabungkan dengan strategi organisasi. Satu model organisasi yang kreatif yang berguna akan boleh diwujudkan bagi menjadi rujukan kepada semua ahli dalam organisasi tersebut.




Ikuti sedikit perkongsian bual bicara daripada MPC seperti link di bawah :



SELAMAT MAJU JAYA!

Disediakan oleh,
SITI NORDIANA BINTI ABD HAMID





Friday 4 May 2018

Aiskrim Magnum

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yg barakah. Ari ni Emma berliburan di rumah. Jarang la melekat di rumah waktu org bekerja (alasan...). Jadi, dh separuh hari terperap di rumah, makanya bosan pun melanda jiwa raga.
Mana nak pergi erkk?
Haa...dikala cuaca yg panas terik ni, apa kata g menyejukkan tekak!!

Kali ni Emma nk jalan-jalan cari makan di sebuah restoran eksklusif yang menyajikan pelbagai jenis aiskrim.

Aiskrim begitu sinonim kerana aiskrim mampu menceriakan hati golongan yang diruntun kesedihan. Aiskrim bukan utk kanak-kanak sahaja, malah ia juga sesuai dinikmati oleh plebagai lapisan umur. 

Tak nak cerita panjang-panjang sebab kesuntukan masa...jom layan moments sepanjang berada di cafe MAGNUM di ioi City Mall, Putrajaya




Model baru Magnum


Melangkah masuk ke Cafe Magnum ni, fe-feeling org have-have jap. Tempatnya nampak cosy and relax



Kepelbagaian jenis aiskrim yang korang boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. 'Make My Magnum' ice cream ni ada 8 jenis...Harga RM9.90/batang 





Selain daripada Make My Magnum, jika korang sukakan kelainan, boleh order aiskrim yang pelik-pelik mcm menu di bawah ni (Harga klu time gaji rasa murah tapi time pertengahan bulan mcm mahal,hehe)
Magnum Soup - RM25

Magnum Trifle - RM29

Magnum Triple Choc Cookie Skillet - RM33

Magnum Red Velvet - RM32

Magnum Death by Chocolate - RM32

Magnum Celebration - RM30

Magnum Popstar - RM25

Magnum Fondue - RM68

Magnum Tiramisu - RM30

Magnum Vogue - RM22 

Magnum Cheese Crepe - RM38

Magnum Crowne Jewel - RM77


 Lama gak mentelaah menu Magnum ni. Al-maklumlah first time dtg ke tempat ni. Sebagai permulaan mencatat sejarah sendiri di cafe Magnum, Emma order 'Make My Magnum' jenis Cookie Monster dan Black Forest. 



Emma suka cookie monster kerana rara airkrim classic vanilla sgt tulen, mantap dan milky, yumm yummm....

Cafe Magnum ni sesuai untuk mereka yang nak celebrate birthday, anniversary, reunion, dating dan sebagainya.

Selain daripada Malaysia, korang juga boleh jumpa Magnum store ini di kebanyakan ibu negara seperti di bawah:



Emma tunggu bulan Jun nanti kot2 ada sapa2 yang berjiwa rakyat ke berjiwa sentimental ke atau berjiwa raga nak belanja emma sempena birthday :)


For furhter Products and nutrition info, u may click on below link :)
https://www.walls.com.my/magnum/

SHORT TRIP PERCUTIAN KE VIETNAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran. Kali ni emma nak share kisah percutian Emma ke...