Friday 13 April 2018

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018

Buat julung kali saya menyertai upacara marathon terbesar di Malaysia iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018(SCKLM 2018).
SCKLM 2018 adalah upacara sambutan yang ke-10. Jumlah peserta keseluruhan kategori tahun ini adalah seramai 38,768 orang!!! woww, selautan manusia hokehh!!

Terdapat 5 kategori larian SCKLM 2018:

  • Full Marathon (42 km)       10,117
  • Half Marathon (21 km)       11,891
  • 10 km                                  13,355
  • 5km Fun Run                        2,900
  • Kids Dash                                505



    6 APRIL 2018, JUMAAT
    Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
     
    Race Kit Collection sempena Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018 (SCKLM 2018) berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Datang hari ke-2 sebab rehat lama sikit ari Jumaat tu. Bab parking je la terpaksa redha...parking sejam pertama RM5. jam berikutnya RM4/jam. Kalau dah masuk dalam KLCC tu, dah namanya perempuan mana nak cukup sejam kan?
     
    Bermulalah episod Cik Emma berurusniaga di dalam pusat KLCC ini....


Di laluan 'Q' bagi Race Kit Collection kategori 10km





Line clear hari ke-2 race kit collection...kalau datang lewat, confirm beratur




Yeayy! dah dapat goodies beg yang berisi t-shirt larian & bib no.




Ni la statistic bilangan peserta SCKLM 2017 vs. 2018



Adik-adik ni laa antara tulang belakang SCKLM 2018



row 'Q' dan laluan yang terurus dan teratur. Signage pun jelas je nampak



Nampak tak nama kita atas tu (rasa bangga jap...hehe)



Model 'kakak leopard' sesat masuk bandar



Brooks - Part ni memang tak tahan.....tak tahan tengok discount,geram jer baju, seluar,kasut....murah-murah tu barangan Brooks. Kalau kat butik Brooks tak dapat harga camni



Sabar emma...sabar. Ini time jeling-jeling je pujuk hati tak nak shopping





Hampir-hampir terjebak apply kad kredit dengan brother kiri tu...bahaya kalau pegang banyak kad kredit. #Boros





Pelbagai barangan sukan jual di sini pada harga murah. Baju, seluar, kasut sukan, aksesori sukan, jam fitness, isotonic drink, energy gel/bar dan macam-macam lagi ada dijual di sini pada harga runtuh



2XU : Antara booth yg tak putus-putus orang datang. Harga murah daripada butik. Murah-murah pun paling rendah sluarnya RM289+...hehehe

 



Feetures & 2XU socks: Stokin ni khas untuk runners...range price RM50-RM120. anti-blist katanya...dan macam-macam lagi kebaikan stokin ni. Saya mencari stokin yang boleh membuatkan saya berlari lebih laju....ada tak? huhu
 



2XU : Pilih...pilih...kakak abang. Compress pant 2XU ni memang bagus untuk mereka yang berlari atau aktif bersukan sebab fabric nya tahan, berkualiti dan sedap dipakai. Mengurangkan kecederaan otot. Harga RM289-RM550



Nahhh...gambar close up untuk cuci-cuci mata


Energy gel / Energy Bar : kegunaannya untuk tambah tenaga diambil sebelum atau semasa atau selepas berlari untuk half marathon atau full marathon runners


Macam-macam perisa ada...nak jimat beli banyak




Garmin : Part ni yang tak tahan tengok...aduhaii kenapa laa dia buat offer murah time aku tengah tak ada duit. Jam idaman dah ada dalam senarai tu. Sabar ye Emma ada rezeki nanti boleh beli... #PujukHati




8 APRIL 2018, AHAD
Lokasi Upacara
Mula : SOGO, KL
Tamat : Dataran Merdeka

Dari Putrajaya niatnya nak naik kereta terus sampai ke lokasi. Tapi banyak pulak jalan tutup. Jalan buat saya jadi keliru... makanya naiklah public transport. Letak keta di Stesen MRT Jalan Hang Tuah. Bayar fee tiket RM1.50/sehala berhenti di stesen Bandaraya
 


6.50am : Ramai geng baju hijau dalam train yang sama

 

Dah sampai! selautan manusia....yang dah get ready nak berlari tu kategori 10km Cruise flag off 7.15am, 10km ni ada 3 group (Speed - 6.45am, Cruise - 7.15am  dan Leisure - 7.45am). Mine is Leisure....huhu

 

Walaupun ramai beribu-ribu orang dalam setiap kategori ni, tetapi tenteram dan aman je...tak ada tolak-tolak, behave je semua

Selfie time :) Brother belakang tu nasib baik dia senyum tak photoboom

Berlari bersama stormtrooper (karakter filem Star Wars). Tak ingat IG brother stormtrooper ni

KM-7: Dah berlari 7km baru teringat nak berselfie. Just enjoy the run while listening to music. Trust me, u won't feel the tiredness until you stop running...hehe  #NoExcuse



Tempat menyejukkan badan...tapi tak sejuk mana pun sebab cuaca pun panas

 



Sambil berlari sambil dihiburkan oleh kumpulan buskers

Route menghala ke Bukit Aman. Time ni lagi 3km nak sampai ke finishing line

 

Time ni lagi 1km nak sampai finishing line..dah tak larat nak berlari...banyak berjalan je. Seberang kanan jalan tu pelari kategori 21km (Half Marathon) yang sama-sama menuju ke Dataran Merdeka tempat tamat larian
 

500 meter menghampiri finishing line - Ya Allah, azabnya walaupun sikit je lagi nak sampai ke garisan penamat. Masa ni ramai menjerit bagi kata semangat. fuhhh...terus dapat energy semula nak berlari. Seronok bila orang ramai bersorak memberi sokongan sampai ke garisan penamat



Yahooo! Finisher 10km within cut of time. Elok lepas lompat jari kaki cramps...hahaha
 

This is my medal. Experience cannot buy

Anggaplah larian ini sebagai hobi yang sihat. Disamping itu, dapat memberi inspirasi kepada teman-teman/saudara-mara yang teragak-agak nak mula, belum mula atau rasa nak mula tapi tak ada geng.... mulalah dari sekarang. Nanti anda sendiri akan rasa nikmat bersukan beramai-ramai secara tak langsung akan dapat sahabat baru. Tidak kira berapa jauh larian anda, yang penting consistant dan buat secara just fun. Kerana larian harus dinikmati.......


PAIN IS TEMPORARY, PRIDE IS FOREVER






Inspirasi kata-kata semangat bersukan boleh ke link di bawah

https://ftw.usatoday.com/2016/02/best-sports-quotes-about-winning


Thursday 5 April 2018

MASA ITU......



Assalamualaikum, Selamat Tengahari dan  Salam Jumaat 😊

Sekejap je kita dah masuk bulan April tahun 2018 kan. Nampak tak....masa bergerak begitu pantas? Masa bergerak seiring dengan usia kita. Masa tidak boleh diundur, masa tidak boleh patah balik..sebab itu pepatah mengatakan "Masa Itu Emas". Mengapa emas??
Sebab emas tu kan berharga....

Dalam Surah Al-Asr,"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu Sentiasa Berada Dalam Kerugian". Peringatan pendek yang mempunyai makna yang cukup besar pada manusia, khasnya umat islam.

Kita diberi masa 24 jam sehari. Jadi, sebagai manusia tidak kira anda sebagai seorang pelajar, ibu bapa, guru, anak, pengarah, pekerja atau apa sahaja pangkat dan jawatan anda... kita perlu pandai bahagikan masa sebaiknya. 
Dari awal bangun pagi smpailah ke masa untuk tidur, kita perlu ada jadual, KPI dan disiplin. Ini kerana jadual dan disiplin yang akan mengiringi kita ke arah kejayaan dan mencapai matlamat yang kita kehendaki.

Ini pengakuan ikhlas saya. Sikap ni tak boleh dicontohi, tapi saya fikir ramai yang memilikinya, hehe.Saya sebenarnya pun ada satu sikap SUKA TANGGUH KERJA. Sama ada sifat suka tangguh kerja, kita geng,wakaka!
Memang tabiat suka tangguh kerja ni SANGAT-SANGAT TIDAK BAGUS!

PUNCA KENAPA KITA SUKA TANGGUH KERJA ?
Pola perlakuan sikap suka bertangguh boleh tercetus dalam banyak cara, jadi korang tidak akan selalu bertangguh kerana sebab-sebab yang sama. Adakalanya korang bertangguh kerana korang terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, dan penangguhan memberi korang ruang untuk melarikan diri. Adakalanya pula korang bertangguh kerana rasa penat dan malas, dan korang sudah tidak boleh lakukan kerja lagi.



Kat entry ni, kita cari PUNCA KENAPA SUKA TANGGUH KERJA, antaranya adalah sebab:

#1       -           Stress atau Tekanan
#2       -           Terlampau Banyak Kerja
#3       -           Malas
#4       -           Kurang Motivasi
#5       -           Kurang Disiplin
#6       -           Tabiat Pengurusan Masa Yang Tak Baik
#7       -           Kurang Kemahiran


Kalau ada cara bagaimana untuk mengatasi sikap suka bertangguh ini, sudi-sudikanlah kongsi di ruangan komen di bawah tu yer.

Masa itu lebih berharga dari EMAS…
Gunakan sebaik mungkin kerana ia tidak akan berulang kembali.
Ambil peluang yang ada demi masa depan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Oleh yang demikian, secara asasnya....buatlah sesuatu perkara dengan iltizam dan bersungguh-sungguh supaya apa yang kita laksanakan itu berjalan dengan lancar, tidak merugikan kita dan mencapai objektif :)



Semoga kita semua pandai menggunakan masa sebaik mungkin. Hidup hanya sekali, masa tidak akan berulang lagi 👌

Wednesday 4 April 2018

First entry dalam blog tunggal

Assalamualaikum dan salam pembuka kata.

Ini blog pertama saya, tak pernah2 buat blog. Dulu ada kawan nak ajar buat blog, degillll tak mau belajar. Sekarang,bila dah masuk alam universiti semula, terpaksa laa belajar.....terkebil-kebil nak belajar create blog tau 😄
Kenapa terpaksa? - Sebab ini adalah salah satu syarat bagi memenuhi tuntutan subjek APLIKASI KOMPUTER (EPPD1063).

Tapi kan, bila dh ada blog sendiri ni, rasa macam seronok plak nak bercerita macam-macam topik, sampai tak tahu nak pilih topik mana satu nak ditulis dulu dan dikongsi...hahaha.
Bila difikir-fikir balik, bagus juga ada blog sendiri ni...sebab boleh direkod menjadi kenangan, memori, rujukan dan koleksi peribadi.



LATAR BELAKANG

Sebelum nak cerita hal-hal lain, mukadimah pertama...biarlah reader tahu sedikit maklumat latar belakang blogger yang comel ni kann :)

Baiklah....Let get it started!!

Nama glamour Emma. Berusia 35 tahun (2018), berasal dari Damansara, Petaling Jaya.

Saya mendapat pendidikan  menengah di SMK Damansara Jaya dan menduduki SPM tahun 2000. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat Diploma Perakaunan (UiTM/Inpens) dan alhamdulillah graduasi pada tahun 2006.

Saya bekerja di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi. Dah berkhidmat selama 8 tahun.

Sebelum berkhidmat sebagai penjawat  awam, saya pernah bekerja di beberapa buah syarikat swasta antaranya adalah seperti:

  1. Norwest Holding Sdn BhdSJ Securities (Kontraktor Kelas A)
  2. SJ Securities (syarikat yang mengendalikan urusan bursa saham)
  3. Digi Telecommunications (salah satu syarikat telco di M'sia....u olss tahu kann..
Sebagai penjawat awam, banyak tanggjungjawab yang harus dipikul dalam melangsungkan dan menggerakkan sesuatu matlamat/program/arahan daripada kerajaan khususnya, agensi bahkan daripada agensi luar umumnya. 

I loved my job very much. Walaupun baru 8 tahun pengalaman di LKIM, tetapi jabatan banyak memberi ruang dan peluang kepada saya pengalaman bekerja pelbagai sudut termasuklah berhadapan dengan golongan sasar (Nelayan), pemantauan ke premis usahawan, pegawai khidmat pelanggan, mengendalikan kursus/seminar dan bekerja di luar kawasan. 

Bekerja di jabatan sekarang, saya berpeluang menjejakkan kaki ke seluruh negeri di Malaysia. 
Paling best.....selalu dapat makan seafood (f.o.c) ..hehehe..tu yang jadi obes dah skng....huhu

2010 - Kursus induksi sebelum diterima jawatan tetap sebagai penjawat awam
2016 - Seafood time at Melaka!!

Pada pandangan saya, setiap jabatan ada kelebihan dan keunikan masing-masing. Sesetengah jabatan diberi kenikmatan melancong ke luar negara secara percuma atau pada kadar yang murah. Ada jabatan beri faedah pinjaman yang murah kepada pekerja dan ada juga sesetengah jabatan tu diberi bonus tahunan. Macam-macam rezeki yang mereka perolehi...tapi kenalah kerja kuat, work smart dan committed.

Ok, selesai pengenalan diri untuk lembaran pertama. 

Minta maaf atas kekurangan page blog ni yang kosong tak banyak gambar dan jika ada ejaan berterabur. Maklumla, entry pertama laaaa katakan :)

Nak bagi gambaran lebih mengenai kisah kerjaya saya, kat bawah ni saya post gambar-gambar throwback perjalanan kerjaya saya sepanjang berkhidmat di LKIM dari tahun 2010 - 2016. 
Tapi sorry laa sebab tak susun ikut tahun. Biar korang puzzle sikit...kah kah kah



 KOLEKSI GAMBAR KERJAYA SEPANJANG BERKHIDMAT DARI 2010 - 2016

Salah satu tempat landing hasil laut milik nelayan

2013 - Pemantauan usahawan pemprosesan hasil laut di Terengganu

2013 - Pemantauan ke premis pemprosesan keropok lekor

Omak aii...selim melim cik Emma time ni. 2013 dalam kenangan...sobb sobb

Proses pengeringan keropok keping....sebelum ni tahu makan je, ni bila tengok sendiri baru tahu proses nak buatnya


2013 - Sepetang bersama nelayan. Syok ooo minum air kepala muda dihidangkan pulak keropok keping fresh digoreng panas2!! Seronok rumah makcik ni betul2 depan pantai



First time pegang kambing....perasaan? takut ada, happy pun ada...pegang kambing pun nk bangga....hahaha

Naib Juara Pertandingan KIK Peringkat LKIM tahun 2013


Eksposisi 'Malaysian International Food & Beverages Trade Fair' (MIFB) 2016 di KLCC - Bersama celebriti Raja Azura


2014 - OTW ke Pulau Pangkor untuk lawatan ke jeti dan premis usahawan LKIM

Ok,dah....tu je nak tunjuk.

Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi kunjung ke blog akulahemma.blogspot.com

Till we meet again, Bye!










SHORT TRIP PERCUTIAN KE VIETNAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran. Kali ni emma nak share kisah percutian Emma ke...