Thursday, 3 May 2018

Penghawa Dingin Mudah Alih (Portable Air Cond)





Saya kalau tak ada aircond memang tak sah, sebab benda ni penting sangat-sangat untuk waktu sekarang ni lebih-lebih lagi cuaca panas  Malaysia sekarang ni lain macam.

Cuaca panas bahang nibuatkan badan kita rasa tak selesa, betul tak ?

jadi, kat sini saya nak recommend penggunaan penghawa dingin mudah alih. Ia sangat sesuai digunakan oleh para pelajar, penyewa (jika tuan rumah tak bagi tebuk dinding), menetap di rumah kecil/pangsapuri dan orang yang selalu pindah-randah.


Portable aircond (penghawa dingin mudah alih) adalah pilihan yg terbaik utk pangsapuri yg kecil berbanding unit air-cond dinding yang biasa diletakkan di tingkap yg mungkin dilarang oleh tuan rumah atau peraturan perumahab swasta.


KELEBIHAN PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH (PORTABLE AIR COND)
  1. Bentuk yang ringkas dan padat (compact) - Boleh disimpan  dengan senang sama ada di dalam almari, di stor atau diruang simpanan lain;
  2. Pemasangan yang ringkas - Tidak perlu tebuk lubang dinding seleceh pemasangan wall-mounted aircond (penghawa dingin dinding) bersama unit compressorn yg perlu diletakkan di luar ruang kediaman;
  3. Sgt mudah dikendalikan - Ada alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawal air-cond dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu;
  4. Mudah alih - boleh alihkan dari satu ruang ke satu ruang yg lain (bilik/ruang tamu/dapur) tanpa mengira waktu siang atau malam;
  5. membantu anda sentiasa berasa selesa walau di ruang/bilik mana anda berada
  6. Dilengkapi roda - utk membantu anda menggerakkan ia ke mana sahaja;
  7. Pemasangan yg ringkas - Supaya boleh menikmati udara sejuk serta-merta



PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBELI PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH

Sebelum membeli sesuatu barang yg melibatkan harga dan kegunaan jangka masa panjang, kita pasti akan survey atau review dulu kan? Sama juga kalau nak beli penghawa dingin mudah alih ini.

Perkara yg perlu kita pertimbangkan sebelum beli penghawa dingin mudah alih ini :
  • Mengetahui ukuran saiz ruang / bilik anda sebelum membuat pembelian adalah idea yg baik
  • Sediakan satu kertas kosong utk membuat jadual perbandingan (table of different) jenama semasa survey
  • Membuat tinjauan (survey) secara fizikal bagi jenama dan model di beberapa kedai perkakas elektrik seperti SENQ, Seng Heng, Best Denki, TBM, Harvey Norman, Courts mammoth, Tesco, Giant, Aeon Big, Aeon dan kedai barangan elektrik lain-lain
  • Tinjauan (survey) juga boleh dibuat di laman-laman web online sell seperti Lazada, shopee, 11street dan sewaktu dengannya
  • Pilihan samada 1 HP atau 1.5HP
  • Keterangan produk (cooling capacity, power supply, rated input dan berat kg unit)
  • Tahap kesenyapan bila beroperasi...Sound/noise power level > lagi rendah desibel atau dB(A), lagi senyap bunyinya. Purata tahap desibel mudah alih ialah 54 desibel iaitu persamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang
  • Mempunyai alat kawalan jauh
  • Cari produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, talian telefon atau sokongan dalam emel


BEBERAPA JENAMA PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH

Ada banyak jenama popular penghawa dingin mudah alih di Malaysia seperti Elba, Pensonic, MEC, Acson, Midea, Morgan, Milux, Honeywell, Hisense, Cornell dan bermacam-macam lagi.

Jom kita layan beberapa jenama dan model penghawa dingin mudah alih yang sempat saya survey di beberapa kedai barangan elektrik dan daripada beberapa review yang lain untuk makluman dan rujukan anda :)

ELBA


Ketarangan produk portable aircond jenama Elba mengikut model yg tertera

Harga ni diambil pada April 2018


MEC
Gambar diambil pada April 2018...Harga belum diskaun. Boleh dapat RM1300





Utk maklumat lanjut sesuatu produk/servis, sila layari laman web jenama berkenaan disamping menghubungi no.talian pusat pelanggan mereka. Pastikan anda faham setelah membuat perbandingan jenama sebelum membuat keputusan


PENSONIC

Rupabentuk yang menawan. Harga boleh dirunding :)









Berikut adalah laman-laman web yang boleh anda kunjungi utk review produk, nak beli produk dan utk mengetahui tentang customer service, availability of the product, promotion and store location:
1.Portable Air conditioner sell at Seng Heng
2. Portable Air Conditoner sell at TBM
5. Lazada
6. Shopee
7. 11Street




Baiklah, sekarang mari kita lihat Cara pemasangan portable air conditioner


Sumber: youtube


Semoga perkongsian entry ini bermanfaat utk anda :)

#PortableAircond  #PortableAirconditioner  #PenghawaDinginMudahAlih


25 comments:

  1. hi bagaiman dgn bil elektrik? naik bnyak tak?

    ReplyDelete
  2. Menarik ni...nk beli aircond

    ReplyDelete
  3. mcmane pnggunaan eletrik bg blik ukuran biase bg blik aprtment??thap ksejukan dia ni staraf x dgn aircond dinding...kalo ikt harga 1hp mudah alih dgn 1hp dinding,mhal yg mudah alih..tp msti sb mudah alih tu yg mhal..tp nk pastikn thap ksejukan buleh share x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk sama sprti aircind biasa tu puan

      Delete
  4. better dont buy ... banyak review kata
    1).lektrik kuat
    2).heat dari kompressor tak semua di salur keluar melalui hose
    3).bunyi bising mcm bunyi hairdryer setting low

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul apa yg awak kata. Tak berbaloi sebab bilik saya ada benda ni. Dah letak air pun masih panas jugak dan kena tutup masa nak tidur sebab bunyi bising sangat

      Delete
    2. yang kena buh air tu bukan portable aircond yg tu air cooler..

      Delete
    3. Weh banyak nya recent comment kat post ni. Haha

      Delete
    4. Potable Aircond dgn Air Cooler beza la brader ..hahaha

      Delete
  6. permanent aircond lebih baik..boleh sejukkan bilik..portable aircond Ni ibarat ada kipas angin yang sejuk..itu je

    ReplyDelete
  7. Pengalaman guna aircond portable 2Hp
    -bil elektrik tinggi
    -bunyi bising mcm vacum rumah
    -sejuk bahagian depan bahagian belakang dan tepi aircond akan ade rasa bahang panas
    -compressor ambil masa terlalu lama untuk (cut off) walaupun set suhu 28°c
    Kelebihan
    Cepat sejuk tu je..

    ReplyDelete
  8. Air cooler unt cuaca skrg dah Tak sesuai.sy cadang nk beli portable aircond.cuma nk minta perkongsian unt yg dah pakai..bil letrik cam mana.naik mendadak Tak.

    ReplyDelete
  9. x best portable aircond... pasang je lah permanent aircond... x sejuk mne pun.. rase membazir beli..rm1k 😂

    ReplyDelete
  10. Portable aircond sy bila on hidup sekejap lepas tu padam dan bekelip2 lampu dia apa masal dia ye?

    ReplyDelete
  11. Mcm mana cara nk buang air aircond ni?

    ReplyDelete
  12. Portable aircond 60% lah dibandingkan aircond dinding.saya dah pakai melambung bil elektrik sebab compressor dia always on..sejuk tak juga seberapa ..cuma sekitar 18 degre celcial..

    ReplyDelete
  13. aku baru je beli hisense 1.5hp..sejuk je..angin lebih kencang dari aircond dinding..bilik cepat sejuk..xbising pn..dia punya bunyi mcm kipas angin pasang no5..yg penting hose panas tu kena pandai pasang biar haba keluar..

    ReplyDelete

SHORT TRIP PERCUTIAN KE VIETNAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran. Kali ni emma nak share kisah percutian Emma ke...