Tuesday 15 May 2018

PENGURUSAN YANG KREATIF MENJANA KECEMERLANGAN ORGANISASI



   
        

PENGENALAN

Ketika kita sedang bergerak menuju ke abad yang akan datang, kita seharusnya ingat bahawa daya saing negara kita banyak bergantung pada keberkesanan pemimpin dan pengurus, baik ianya dalam sektor awam, swasta mahupun sektor bukan- kerajaan dalam membentuk arahtuju yang jelas.
Sistem pengurusan yang baik akan dapat mempastikan bahawa negara kita mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat. Ia juga akan mempastikan bahawa rakyat kita sedia untuk bertindak balas dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam senario politik dunia. Semua perkara ini memerlukan perubahan paradigma kerana ianya begitu kritikal dalam membentuk ‘mind set’ kepengurusan.

Tiada sebarang organisasi atau negara pun yang mampu melarikan diri daripada terikat dengan prinsip-prinsip pengurusan yang baik. Sekiranya pengurusan gagal, organisasi dan negara pasti akan jatuh. Oleh yang demikian, kita seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pembangunan pengurusan. Pulangan terhadap pelaburan ini pastinya dapat membentuk suatu dasar yang kukuh untuk meningkatkan kemampuan kita menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ke 21
.


TAKRIF ORGANISASI DAN KREATIF

Organisasi boleh dimaksudkan sebagai suatu bentuk kegiatan yang dilakukan secara berkumpulan yang dibahagikan mengikut sektor-sektor tertentu demi mencapai matlamat secara kolektif.

Kreatif dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, Gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya.
KONSEP ORGANISASI CEMERLANG

Kejayaan atau kegagalan fungsi sesebuah organisasi berpunca dari tiga faktor. Pertama adalah majikan selaku pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi. Kedua adalah pekerja yang bertindak sebagai pelaksana terhadap gerak kerja yang disusun atur oleh majikan dan ketiga adalah sistem yang gunapakai oleh majikan dan pekerja untuk menyelaras pekerjaan yang telah ditentukan. Faktor ini perlu digembelingkan dengan unsur semulajadi dan modal bagi menjayakannya dan ia amat berkait rapat serta saling melengkapi di antara satu sama lain. Persefahaman (consensus) ini menjadikan setiap organisasi seperti satu komuniti atau keluarga kecil yang mempunyai peranan tersendiri dan saling memerlukan sesama mereka dalam mencapai matlamat yang diinginkan atau ditentukan oleh organisasi. Untuk menggapai matlamat sesebuah organisasi memerlukan pengurusan yang bijaksana yang mampu menggabungkan keseluruhan elemen dalam organisasi agar sama-sama berperanan demi kesejahteraan bersama. Gabungan inilah yang menjadi tanda aras bagi kecemerlangan sesebuah organisasi.

Perancangan dan pelaksanaan matlamat serta keupayaan menyempurnakan gerak kerja mampu melahirkan organisasi yang cemerlang dan dipercayai. Segalanya boleh dilaksanakan sempurna jika sesebuah organisasi mempunyai pemimpin yang amanah dan dan berkarisma dalam menjalankan tanggungjawab mereka.


FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN ORGANISASI YANG KREATIF


perkembangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada tiga faktor utama, iaitu strategi, struktur dan budaya organisasi berkenaan.

i.Strategi

Strategi merupakan mencari kaedah terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Melaluinya, usaha membudayakan inovasi dan kreativiti boleh diterapkan dalam kalangan pekerja organisasi agar setiap pekerja berkebolehan menjana idea baru untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Mungkin kita boleh katakan kejayaan organisasi seharusnya tidak lagi dinilai berdasarkan kepada program-program rutin seperti yang dilakukan setiap tahun. Sebaliknya, ukuran kejayaan kita perlu didasarkan kepada sejauh mana keupayaan kita memperkenalkan perubahan, idea-idea baru dan program-program baru yang menjurus kepada strategi yang dijalankan.

ii.Struktur

Dalam rangka persediaan menjana kecemerlangan organisasi melalui pengurusan yang kreatif, struktur organisasi perlu disesuaikan dengan perancangan atau strategi yang telah disusun atur. Tiada guna jika strategi disusun rapi dan cantik tetapi struktur organisasi tidak mampu untuk melaksanakannya. Jika struktur organisasi disusun dengan baik menepati bidang tugas masing-masing maka ia secara tidak langsung dapat menghasilkan banyak idea yang mendorong melincinkan lagi perjalanan dan matlamat organisasi. Tambahan pula, sekiranya organisasi juga memberi ruang dan peluang serta kebebasan untuk mereka melontarkan pandangan terhadap kerjaya dalam organisasinya maka pekerja akan dapat memberi idea yang bernas dalam ruang yang disediakan.

Bahkan struktur organisasi yang baik perlu ditunjangi oleh seorang pemimpin yang juga baik dan cekap. Maka di sini peranan pemimpin adalah sangat penting. Setiap pemimpin mempunyai kuasa dalam menggerakkan dan memajukan organisasi. Kegigihan pemimpin memajukan organisasi akan menjadi contoh kepada pekerja lalu menukar cara bekerja organisasi berkaitan supaya lebih tekun dan efektif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kerjasama antara pemimpin dan pekerja dalam organisasi akan menjadikan sikap positif mereka terhadap kerja sekaligus dapat membudayakan amalan inovasi dan kreativiti di tempat kerja.

iii. Budaya Organisasi

Faktor seterusnya ialah pembudayaan inovasi dan kreativiti memerlukan kepada budaya organisasi yang bertitik tolak dari kefahaman penghayatan ilmu yang segar. Maka adalah menjadi kewajipan kepada pemimpin mahupun pengurus organisasi untuk melaksanakan penghayatan ilmu dalam kalangan kakitangannya untuk meningkatkan serta mengembangkan budaya kreatif tersebut. Ini bermakna setiap warga kerja organisasi mesti sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam menjayakan inovasi dan kreativiti. Organisasi akan menjadi lebih cekap, hebat dan efisien jika semua warga kerjanya mempunyai kemahiran sebagai nilai tambah seterusnya menjadi pemangkin kepada perubahan organisasi.

Selain itu, budaya bekerja berpasukan dan melaksanakan mekanisme syura atau musyawarah adalah dilihat sebagai aspek penting dalam membantu organisasi cemerlang. Seharusnya medan bermesyuarat ini dapat mencungkil banyak idea baru dalam kalangan pekerjanya. Bukan itu sahaja, melalui perbincangan ini juga maka beberapa perkara baru juga dapat diterjemahkan dan diselesaikan dengan cepat dan mudah dalam organisasi.

PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN (R&D)

Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut, perlaksanaan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berterusan dan komprehensif dalam pelbagai disiplin ilmu baru, sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada negara luar. Di sini adalah penting bagi para pekerja organisasi berkongsi kepelbagaian ilmu dalam usaha meneroka dan menyelidik bidang baru dalam konteks kreatif ini.

INTEGRITI

Namun, keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif, memperkenalkan dan melaksanakan idea-idea baru tidak akan membawa sebarang manfaat sekiranya pekerja dalam organisasi yang berkaitan tidak memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi. Konsep Integriti dalam bahasa yang mudah ialah memiliki keperibadian mulia yakni nilai-nilai yang unggul pada diri individu dan organisasi. Keperibadian mulia ini termasuklah sifat amanah, rajin, bertanggungjawab, menepati masa, berdisiplin dan semua sifat-sifat positif dalam diri seseorang individu. Ini bermakna nilai kreatif dan inovatif juga merupakan ciri-ciri integriti yang perlu dipupuk dalam oragnisasi seawal mungkin. Ini penting agar pekerja dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Organisasi berlandaskan pengurusan yang kreatif merupakan satu proses transformasi dalam perkhidmatan awam dalam pengwujudkan konsep organisasi berasaskan pengetahuan dan memerlukan satu perubahan paradigma pembangunan sumber insan khususnya kebolehan penciptaan ilmu.

Ianya merupakan proses berterusan dan mempunyai kesan positif kepada organisasi dan pekerja-pekerja. Sokongan dan komitmen pengurusan adalah amat penting bagi menentukan matlamat dan tahap ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Kepuasan bertugas dalam aspek penglibatan mereka di dalam membuat keputusan merupakan kesan yang menggalakkan proses pembelajaran yang berterusan. Ianya juga akan meningkatkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk terus mencari penyelesaian kepada satu masalah dan dengan ini budaya pembelajaran itu akan digabungkan dengan strategi organisasi. Satu model organisasi yang kreatif yang berguna akan boleh diwujudkan bagi menjadi rujukan kepada semua ahli dalam organisasi tersebut.




Ikuti sedikit perkongsian bual bicara daripada MPC seperti link di bawah :



SELAMAT MAJU JAYA!

Disediakan oleh,
SITI NORDIANA BINTI ABD HAMID





Friday 4 May 2018

Aiskrim Magnum

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yg barakah. Ari ni Emma berliburan di rumah. Jarang la melekat di rumah waktu org bekerja (alasan...). Jadi, dh separuh hari terperap di rumah, makanya bosan pun melanda jiwa raga.
Mana nak pergi erkk?
Haa...dikala cuaca yg panas terik ni, apa kata g menyejukkan tekak!!

Kali ni Emma nk jalan-jalan cari makan di sebuah restoran eksklusif yang menyajikan pelbagai jenis aiskrim.

Aiskrim begitu sinonim kerana aiskrim mampu menceriakan hati golongan yang diruntun kesedihan. Aiskrim bukan utk kanak-kanak sahaja, malah ia juga sesuai dinikmati oleh plebagai lapisan umur. 

Tak nak cerita panjang-panjang sebab kesuntukan masa...jom layan moments sepanjang berada di cafe MAGNUM di ioi City Mall, Putrajaya




Model baru Magnum


Melangkah masuk ke Cafe Magnum ni, fe-feeling org have-have jap. Tempatnya nampak cosy and relax



Kepelbagaian jenis aiskrim yang korang boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. 'Make My Magnum' ice cream ni ada 8 jenis...Harga RM9.90/batang 





Selain daripada Make My Magnum, jika korang sukakan kelainan, boleh order aiskrim yang pelik-pelik mcm menu di bawah ni (Harga klu time gaji rasa murah tapi time pertengahan bulan mcm mahal,hehe)
Magnum Soup - RM25

Magnum Trifle - RM29

Magnum Triple Choc Cookie Skillet - RM33

Magnum Red Velvet - RM32

Magnum Death by Chocolate - RM32

Magnum Celebration - RM30

Magnum Popstar - RM25

Magnum Fondue - RM68

Magnum Tiramisu - RM30

Magnum Vogue - RM22 

Magnum Cheese Crepe - RM38

Magnum Crowne Jewel - RM77


 Lama gak mentelaah menu Magnum ni. Al-maklumlah first time dtg ke tempat ni. Sebagai permulaan mencatat sejarah sendiri di cafe Magnum, Emma order 'Make My Magnum' jenis Cookie Monster dan Black Forest. 



Emma suka cookie monster kerana rara airkrim classic vanilla sgt tulen, mantap dan milky, yumm yummm....

Cafe Magnum ni sesuai untuk mereka yang nak celebrate birthday, anniversary, reunion, dating dan sebagainya.

Selain daripada Malaysia, korang juga boleh jumpa Magnum store ini di kebanyakan ibu negara seperti di bawah:



Emma tunggu bulan Jun nanti kot2 ada sapa2 yang berjiwa rakyat ke berjiwa sentimental ke atau berjiwa raga nak belanja emma sempena birthday :)


For furhter Products and nutrition info, u may click on below link :)
https://www.walls.com.my/magnum/

Thursday 3 May 2018

Penghawa Dingin Mudah Alih (Portable Air Cond)





Saya kalau tak ada aircond memang tak sah, sebab benda ni penting sangat-sangat untuk waktu sekarang ni lebih-lebih lagi cuaca panas  Malaysia sekarang ni lain macam.

Cuaca panas bahang nibuatkan badan kita rasa tak selesa, betul tak ?

jadi, kat sini saya nak recommend penggunaan penghawa dingin mudah alih. Ia sangat sesuai digunakan oleh para pelajar, penyewa (jika tuan rumah tak bagi tebuk dinding), menetap di rumah kecil/pangsapuri dan orang yang selalu pindah-randah.


Portable aircond (penghawa dingin mudah alih) adalah pilihan yg terbaik utk pangsapuri yg kecil berbanding unit air-cond dinding yang biasa diletakkan di tingkap yg mungkin dilarang oleh tuan rumah atau peraturan perumahab swasta.


KELEBIHAN PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH (PORTABLE AIR COND)
  1. Bentuk yang ringkas dan padat (compact) - Boleh disimpan  dengan senang sama ada di dalam almari, di stor atau diruang simpanan lain;
  2. Pemasangan yang ringkas - Tidak perlu tebuk lubang dinding seleceh pemasangan wall-mounted aircond (penghawa dingin dinding) bersama unit compressorn yg perlu diletakkan di luar ruang kediaman;
  3. Sgt mudah dikendalikan - Ada alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawal air-cond dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu;
  4. Mudah alih - boleh alihkan dari satu ruang ke satu ruang yg lain (bilik/ruang tamu/dapur) tanpa mengira waktu siang atau malam;
  5. membantu anda sentiasa berasa selesa walau di ruang/bilik mana anda berada
  6. Dilengkapi roda - utk membantu anda menggerakkan ia ke mana sahaja;
  7. Pemasangan yg ringkas - Supaya boleh menikmati udara sejuk serta-merta



PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBELI PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH

Sebelum membeli sesuatu barang yg melibatkan harga dan kegunaan jangka masa panjang, kita pasti akan survey atau review dulu kan? Sama juga kalau nak beli penghawa dingin mudah alih ini.

Perkara yg perlu kita pertimbangkan sebelum beli penghawa dingin mudah alih ini :
  • Mengetahui ukuran saiz ruang / bilik anda sebelum membuat pembelian adalah idea yg baik
  • Sediakan satu kertas kosong utk membuat jadual perbandingan (table of different) jenama semasa survey
  • Membuat tinjauan (survey) secara fizikal bagi jenama dan model di beberapa kedai perkakas elektrik seperti SENQ, Seng Heng, Best Denki, TBM, Harvey Norman, Courts mammoth, Tesco, Giant, Aeon Big, Aeon dan kedai barangan elektrik lain-lain
  • Tinjauan (survey) juga boleh dibuat di laman-laman web online sell seperti Lazada, shopee, 11street dan sewaktu dengannya
  • Pilihan samada 1 HP atau 1.5HP
  • Keterangan produk (cooling capacity, power supply, rated input dan berat kg unit)
  • Tahap kesenyapan bila beroperasi...Sound/noise power level > lagi rendah desibel atau dB(A), lagi senyap bunyinya. Purata tahap desibel mudah alih ialah 54 desibel iaitu persamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang
  • Mempunyai alat kawalan jauh
  • Cari produk yang menyediakan manual atas talian dan boleh dimuat turun, talian telefon atau sokongan dalam emel


BEBERAPA JENAMA PENGHAWA DINGIN MUDAH ALIH

Ada banyak jenama popular penghawa dingin mudah alih di Malaysia seperti Elba, Pensonic, MEC, Acson, Midea, Morgan, Milux, Honeywell, Hisense, Cornell dan bermacam-macam lagi.

Jom kita layan beberapa jenama dan model penghawa dingin mudah alih yang sempat saya survey di beberapa kedai barangan elektrik dan daripada beberapa review yang lain untuk makluman dan rujukan anda :)

ELBA


Ketarangan produk portable aircond jenama Elba mengikut model yg tertera

Harga ni diambil pada April 2018


MEC
Gambar diambil pada April 2018...Harga belum diskaun. Boleh dapat RM1300





Utk maklumat lanjut sesuatu produk/servis, sila layari laman web jenama berkenaan disamping menghubungi no.talian pusat pelanggan mereka. Pastikan anda faham setelah membuat perbandingan jenama sebelum membuat keputusan


PENSONIC

Rupabentuk yang menawan. Harga boleh dirunding :)









Berikut adalah laman-laman web yang boleh anda kunjungi utk review produk, nak beli produk dan utk mengetahui tentang customer service, availability of the product, promotion and store location:
1.Portable Air conditioner sell at Seng Heng
2. Portable Air Conditoner sell at TBM
5. Lazada
6. Shopee
7. 11Street




Baiklah, sekarang mari kita lihat Cara pemasangan portable air conditioner


Sumber: youtube


Semoga perkongsian entry ini bermanfaat utk anda :)

#PortableAircond  #PortableAirconditioner  #PenghawaDinginMudahAlih


Bulan Huru-hara


Assalamualaikum,hai dan kabare kepada semua (cakap Jawa sikit walaupun tu je yg tau).hahaha..tadaaaaaa..finally Emma back in here selepas dua minggu turut-menurut been busy dengan tuntutan kerja hakiki yang berlambak....

fening...baru masuk office dh byk keje
kenduri sana sini,




Pinjam baby kawan kat kenduri


dan kelas yg dah hampir sebulan start (Baru dalam tiga minggu je sebenarnya..saja nak gempak nampak macam lama sikit😅) 


Emma akui,so far mmg rasa agak susah nak berbahagi masa dengan kerjaya, study dan personal life. Mungkin setakat ni Emma belum berjaya jadualkan dan susun atur dengan sempurna but everything’s still in a good shape and the flow runs smoothly, InsyaAllah, May Allah ease everything.,aminn ya Rabbal alamiin..

Mungkin juga faktor kerjaya Emma yg memerlukan tumpuan yg jitu. Bukan apa..liaise dengan bermacam company dalam dan luar negeri (kot salah information given or taken mmg kena perambat la dengan org atasan).
Ok...cukup dengan bebelan mengarut keluh kesah ku itu..sekarang bebelan lain pula....




34,33,32,31...dalam kiraan 1,2,3 mmg simple, senang dan amat mudah untuk dilakukan...
even budak pra-sekolah pon mampu setelkan... apa yg Emma nak cakap kat sini cuba korang bayangkan angka2 tadi dalam Celsius(°C) atau Fahrenheit(°F) atau Rankine(°R) atau Kelvin(K).yes...unit of temperatures.




Suhu bilik atau suhu ruang, dalam penggunaan ilmiah merupakan satu julat suhu yang dianggap biasa/selesa oleh manusia dalam satu ruangan tertutup. Suhu ini lebih kurang antara 20 hingga 25 darjah Celsius (°C) (68 hingga 77 darjah Fahrenheit (°F), 528 hingga 537 darjah Rankine (°R), atau 293 hingga 298 Kelvin (K), walaupun nilai tersebut bukanlah suatu nilai yang ditentukan secara persis. Untuk kemudahan pengiraan, sering digunakan angka 20 °C atau 300 K.
Itu untuk suhu bilik. Korang bayangkan pula kalau 32°C (305.15 Kelvin’s) atau 33°C (306.15 Kelvin’s) untuk suhu persekitaran pula..panas wei...kalau berjemur, rentung wo kulit (pakai sunblock pon tak berguna kerana habis cair dek peluh).kat bawah ni keratan akhbar tahun 2016.

Paling rendang 33°C..korang raseeee?


Syukur Alhamdulillah untuk kita-kita yang bekerja dalam pejabat, ber-penghawa dingin dan nyaman (tu pon kadang2 merungut dikala black-out atau air-cond tak sejuk..).



Untuk yg bekerja disektor pembinaan memang Emma tabik spring toing-toing kat depa. Cekal dan tabah dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup.




Macam ada sorang kawan Emma ni yang berkerja dalam field engineering construction. Pakai sunblocks mcm mane pon tetap sunburned gak.Berbelang-belang tangan, muka dek sunburns.(tetiba teringat lak kat beliau).

Ni bukan beliau a.k.a kawan Emma tu yer..haha


Baby pon sunburned...pun bukan baby Emma hokay...



Straight to the point, Emma nak berceloteh mcm mana nak menangani masalah suhu persekitaran yg tinggi sekarang ni especially untuk yang bujang or acah2 bujang (weekend spouse),student atau bekerja (khusus duduk menyewa bilik).

Akan tetapi disebabkan kelopak mata pon dah segan+berat nak celik, kepala pon dah senak semacam (sebab tak rest dari pagi kot) Emma terpaksa berlabuh kat sini dulu. InsyaAllah akan disambung dalam next entry dalam masa terdekat ni...
Till we meet again


SHORT TRIP PERCUTIAN KE VIETNAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Berjumpa lagi kita setelah lama tidak bersiaran. Kali ni emma nak share kisah percutian Emma ke...